INAI dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.Masyarakat dulu kala menggunakan inai pada kuku tangan dan kaki sebagai perhiasan kerana inai mempunyai keharuman bau asli selain untuk perubatan.Selain digayakan pada semua jari, jari kaki juga dianggap penting walaupun ketika ini kebanyakan pengantin sudah memakai kasut walaupun di dalam rumah. Ada juga kawasan tertentu yang mempunyai adat meletakkan inai pada bahagian tengah tapak tangan dan tapak kaki selain garisan setebal 1 cm di keliling kaki.Adat penting perkahwinan:
Pemakaian inai bagai satu kemestian dalam budaya MelayuINAI lebih dikenali sebagai henna dalam bahasa Arab sementara Mehendi pula dalam Bahasa Hindi. Daun inai boleh didapati di Iran, Pakistan, Syria, Maghribi, Mesir, India dan juga Malaysia.Mengikut sejarah, penggunaan inai ini bermula dari India yang diperkenalkan pada zaman Moghul. Ada juga fakta mengatakan penggunaan inai bermula dari Mesir. Budaya merantau yang diamalkan masyarakat dulu untuk tujuan perdagangan menyebabkan budaya memakai inai turut mempengaruhi masyarakat di kawasan yang dikunjungi.
No comments:
Post a Comment